Drama Festival Kuala Lumpur Anugerah_Drama_Festival_Kuala_Lumpur_2015

DFKL pada tahun ini turut mengangkat pelakon Zul Ariffin dan Fathia Latiff sebagai duta utama DFKL 2015. Sementara aktres Nora Danish pula, dilantik sebagai duta media sosial. Mereka telah mempromosikan DFKL 2015 melalui laman sosial, turut serta di sesi jelajah, bengkel dan malam Anugerah DFKL 2015.

Kali ini, beberapa penceramah berpengalaman terlibat dalam bengkel yang diadakan pada 14 dan 15 Mac 2015. Bukan sahaja mereka yang berpengalaman dari segi lakonan, komedi, pengarahan dan skrip drama malahan, pakar-pakar animasi turut terlibat dalam bengkel pada tahun ini. DFKL 2015 dilihat sebagai satu platform yang amat tepat untuk memartabatkan industri drama tanah air di mana ianya turut menghubungkan para karyawan termasuklah pengarah, juruanimasi, pelawak dan pelakon dari amatur hinggalah ke profesional untuk saling berkongsi idea. Selain itu juga, penganjuran DFKL 2015 turut dapat memanfaatkan kepakaran yang mereka miliki agar ianya dapat dikongsi bersama dan melahirkan generasi baru yang berbakat serta lebih kreatif.

Siri Jelajah DFKL 2015

Untuk merancakkan lagi DFKL 2015, satu siri jelajah ke Institut Pengajian Tinggi terpilih turut diadakan bermula 12 Februari 2015.

  • 12 Februari 2015 - KL Metropolitan University College (KLMUC)
  • 24 Februari 2015 - UNITAR International University
  • 26 Februari 2015 - UiTM Lendu, Melaka

Pertandingan Drama Pendek DFKL 2015

Sempena DFKL 2015, TV3 dan TV9 juga telah bekerjasama menganjurkan pertandingan drama pendek yang telah pun dibuka kepada semua rakyat Malaysia bermula 1 November 2014 hingga 8 Februari 2015 lalu menerusi laman web veedo di www.veedo.my. Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM18,000 dan telah menerima penyertaan yang amat memberangsangkan daripada orang awam. Lebih menarik lagi, drama yang memenangi peraduan ini akan turut berpeluang untuk disiarkan di TV3 dan TV9.

Bengkel DFKL 2015 (14 dan 15 Mac 2015)

Bagi tahun kedua ini, DFKL 2015 mendapat sokongan yang amat padu daripada para karyawan yang teruja untuk berkongsi pengalaman dan kepakaran mereka sepanjang mereka bergiat dalam industri hiburan dalam sesi bengkel selama dua hari yang dijadualkan berlangsung pada 14 dan 15 Mac 2015 di Balai Berita NSTP nanti [2]. Antara selebriti dan karyawan yang akan terlibat dalam sesi bengkel pada tahun ini adalah:

  • Bengkel Lakonan
  • Bengkel Pengarahan
    • Azman Yahya (Jinggo), pengarah drama
    • Nik Amir Mustapha, pengarah filem muda
    • Yusof Haslam, penerbit dan pengarah filem
    • Khai Baha, penerbit penyelaras filem dan drama
  • Bengkel Animasi
    • Nizam Razak, dari Animonsta Studio
    • Syed Nurfaiz Khalid , Les’ Copaque
    • Tariq Mohd Noh, Glues Studios
    • Usamah Zaid, Wau Studio